Sunday, 23 December 2012

AES oh AES

Aku sebenarnya ada rasa tak puas hati jugak dengan sistem AES ni. Yang aku tak puas hati tu sebab saman dia tu tak boleh buat rayuan. Aku tanya dengan member aku jpj sorang ni. Dia kata minimum kompaun RM300 tak de rayuan. Masalahnya skang bukan semua yang laju tu suka2 nak bawak laju bukan semua yang langgar undang2 tu saja nak buat macam tu.  Kalau ada kecemasan macam mana, tak ke naya. Sudah jatuh di timpa tangga la nampaknya org tu. Jadi dalam kes macam ni nampaklah kezaliman kerajaan. Apa ingat 300 tu sikit ker dah lah ekonomi sekarang ni lembab lagi nak sedut duit rakyat. Kalau nak sedut duit org yang memang suka2 bawak laju2 suka2 buat salah tu ok lah sebab ada kalanya memang ada yang berlumba atas jalanraya dan ianya membahayakan pengguna lain. Kesimpulan yang dapat aku buat, AES ni bukan lah 100% gagal. Cuma perlu penambah baikkan dalam melaksanakannya.

Saturday, 22 December 2012

NAjib vs Anwar

Satu persoalan yang sukar untuk dirungkai dan cukup sukar untuk diramal. Sebab kedua2 pemimpin ni ada isu yang cukup hebat dimainkan bagi menjatuhkan masing2 dan dalam masa yang sama payah untuk kita melihat dgn jelas kedua pemimpin ini mengeluarkan hujah atau langkah yang berkesan bagi menidakkan setiap isu yang keluar. Dari pandangan aku, pertembungan antara dua pemimpin ini akan berkesudahan dgn seri dan dalam masa yang sama pemenangnya ialah lim kit siang. Benda ni tak mustahil berlaku jika kerusi parlimen banyak yang dimenangi parti DAP, dan ini menjadikan DAP menjadi sebuah parti yang dominan. Aku ada rasa sedikit bimbang jika perkara ini berlaku sebab kalau kita lihat selama pemerintahan DAP di pulau pinang, mereka telah cuba mengubah undang2 lompat parti walaupun ianya tidak boleh dilaksanakan. Dari sini dapat kita lihat dgn jelas mereka akan menggunakan kuasa yang ada bagi mengubah dan menggubal dasar yang bakal merugikan mereka dan pastinya jika perkara tersebut menguntungkan mereka sudah tentu ada pihak yang akan rugi. Jadi persoalannya kat sini siapakah yang akan rugi? Bak kata nabil lu pikir la sendiri. Aku ni atas pagar, atas pagar juga tapi bab2 bahaya macam ni nak kena pikir betul2 bro jangan main2 kalau tidak lingkup. 

Thursday, 20 December 2012

Berpolitik berpada-pada.

Aku rasa terpanggil untuk bercerita pasa benda ni bukan sebab apa, sebab ada kalanya aku rasa meluat dgn org politik yang tak kena tempat ni. Berpolitik tak kira tempat tak kira masa sampai org dah naik meluat, kalau ada nama dalam politik tu kira ok la jugak. Ni takat pencacai je dalam parti tapi kecoh mengalahkan ayam betina apa kes. Sedar la sikit apa yang korang buat tu ada kalanya membuatkan org lebih menjauhkan diri dari parti yang korang junjung tu. Yang lebih menyedihkan, yang banyak buat keje macam ni org melayu. Org cina tak der pon nak tunjuk sapa dorang sokong, sampai masa mengundi dorang pangkah. Tak de kecoh pon. Kepada pencacai yang berkempen umpama macam yang terpilih tu sedarlah sikit, org sekarang ni dah banyak cerdik pandai. Kami tak mudah percaya hanya dengan cerita2 mulut ke mulut ni. Kami boleh cari sendiri fakta dan kami akan cuba menilai dengan sebaik mungkin.

Umno dan Pas

Kenapalah perlu ada 2 parti politik besar yang mewakili org melayu? Kenapa tak hanya ada satu saja? Kenapa sampai duduk berbincang pon tak boleh? Apakah Salah dan Dosa yang besar sangat tu sampai tak boleh nak dimaafkan. Kalau dengan org bukan islam bukan melayu boleh pulak berbincang boleh pulak mencapai kesepakatan walaupun dulunya si bukan islam dan bukan melayu tu dulu pernah menghina kamu atau parti kamu sehina-hinanya. Boleh pulak bekerjasama dengan org yang dah tentunya kafir. Memang cukup menghairankan, pesan aku pada pemimpin kedua2 parti tersebut, ingatlah jika suatu hari nanti agama dan bangsa kamu di pijak2 di negara malaysia ini kamulah orgnya yang harus dipersalahkan dan kamulah yang akan menjawabnya di padang mahsyar Allah nanti.  

Kerajaan atau pembangkang, kuasa dan duit.

Susah juga nak buat pilihan antara kerajaan atau pembangkang, bagi aku diorang ni sama je, bila dah ada kuasa, manusia pasti akan berubah. bila dah ada kuasa mesti nak ada duit pulak, jadi cara yang paling mudah nak dapat duit ialah dengan menyalah gunakan kuasa yang ada. benda macam ni dah banyak kita tengok terjadi dalam kerajaan atau pun pembangkang. kalau sebelum ada kuasa hidup biasa2 jer, bila dah ada kuasa hidup terus meletup. Kehidupan terus berubah, dah boleh hidup mewah2 sampaikan kroni2 pun boleh bermewah. Boleh duduk rumah besar pakai kereta besar dan macam2 lagi lah benda yang mewah2. kekadang tu heran juga mana datangnya duit, kalau takat duit gaji mana padan dengan kemewahan yang ada, jadi kesimpulanya mudah je, mesti ada projek yang menjana pendapatan sampai boleh bermewah. cuma yang menjadi tanda soal kenapa projek tu hanya boleh meletup bila dah ada kuasa.

20/12/2012 tarikh keramat

Tarikh 20/12/2012 adalah tarikh keramat bagi aku (blogger atas pagar), ini adalah tarikh aku memulakan langkah pertama selaku blogger yang akan mengenengahkan apa jua topik yang aku rasakan penting untuk di ketengahkan.