Wednesday 24 April 2013

Toll percuma!

Agak2nya ada tak antara cina kat atas ni nak meniaga tak de untung? Meniaga kebajikan!


Aku memang setuju sebenarnya kalau toll free ni, sapa yang tak suka barang free betul tak. Tapi aku cuak jugak, boleh ke nak kasi toll free. Berapa pulak duit pampasan yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan jika melanggar perjanjian dengan syarikat konsesi. Duit sapa yang nak keluar tu, duit kita jugakkan. Cuba la korang fikirkan kat dalam malaysia ni ada tak orang meniaga tak nak untung, ada tak orang meniaga nak rugi. Aku yakin tak de sorang pun yang nak buat keje macam ni. Cuba la korang fikir kalau korang bawak keluar modal berbilion ringgit untuk meniaga lepas tu meniaga rugi, mesti korang tak nak betul tak. Syarikat konsesi bawak keluar modal buat projek, secara tak langsung dana kerajaan dapat disalurkan untuk memajukan sektor lain selari dengan pembangunan negara. Sebagai contoh kalau jalanraya kat malaysia ni maju dengan duit kerajaan tapi rakyatnya masih mundur sebab kerajaan kekurangan dana untuk membangunkan sektor lain dan rakyatnya masih mundur dok naik basikal lagi nak buat apa. Aku kat sini bukan lah kata aku sokong kerajaan 100% bab toll ni, tapi rasanya adalah lebih baik kalau dana yang ada digunakan untuk membangunkan negara dari membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan yang pastinya kalau benda ni berlaku syarikat konsesi akan bertambah lagi kaya dan kita rakyat akan bertambah rugi sebab kerajaan kekurangan dana.
Sebelum aku terlupa dan korang pun jangan buat lupa, tengok negara kat utara tanah air kita. Highway dia memang free tapi tengok lah pulak rakyat dia macam mana, korang nilailah sendiri. Satu lagi contoh negara kat selatan tanah air kita, negara dia maju, negara dia kecik je pon tapi toll serupa tu jugak dia bedal huhuhu. Bagi aku hanya orang yang lemah pikirannya sahaja yang mudah di tipu, rakyat malaysia amnya dah ramai cerdik pandai, jadi tak payah nak gebang lebih-lebih la.   

Thursday 4 April 2013

Apsal lah nak tukar tempat bertanding?


Budak pun tau marah !


Aku sebenarnya heran jugak, kenapa nak tukar tempat bertanding. kalau sebelum ni bertanding kat kawasan tu dan menang dengan jayanya kenapa nak tukar tempat lain pulak.  Bagi aku lah, kalau tempat tu dah tak best nak lepak so memang lah aku blah. Tapi nak tau jugak kenapa tempat tu dah tak best, kalau aku lah tempat yang tak best ni sebab dah tak ada member. Jadi dari pahaman aku lah, bila dah tak ada kawan atau kurangnya sambutan maka bertanding kat kawasan tu peratusan untuk kalah adalah tinggi betul tak.
Kalau bagi servis bagus pada rakyat setempat takkan boleh kalah kot. Kalau bagus takkan boleh kalah kot. Jadi di pendekkan cerita bagi aku lah, pemimpin yang tak konsisten macam ni bukan lah pilihan aku. Andaikata aku pangkah orang macam ni kali ni dan dia buat lebih kurang je kat orang dalam kawasan yang diwakili maka dalam pilihanraya akan datang aku takkan dapat membalas dendam atau menguburkan orang macam ni dari kancah politik sebab dia dah blah pergi bertanding kat tempat lain pulak. Huh tak boleh pakai orang macam ni.

Cara buat cecair rokok elektronik.




Ada yang bertanya pada saya macam mana caranya nak buat cecair rokok elektronik ni. Saya sebenarnya bukan lah pakar sangat dalam hal ni, tapi boleh lah sikit2 sebab saya pun dok isap liquid yang saya buat sendiri je sebenarnya hahaha. Bukan sebab apa saja nak tambah jimat cermat dan dalam masa yang sama vape liquid yang padan dengan selera.
Ok, so sebelum kita nak buat cecair elektronik ni kita nak kena tahu dulu apa kandungan dia. Jadi kandungannya adalah seperti yang di bawah ni.

.Propylene glycol
.Vegetable glycerin
.Nikotin
.Perisa
.Pemanis

Propylene glycol & Vegetable glycerin
Jadi sekarang kita akan ke proses seterusnya, selalunya pembuat cecair rokok elektronik akan mengadunkan 70% propylene glycol dan 30% vegetable glycerin, ini kerana dengan adunan sebegini akan mengahasilkan wap yang banyak dan secara tak langsung akan memberi kepuasan pada penghisap rokok elektronik tersebut. Memang tak di nafikan ada juga yang menggunakan adunan 50/50 dan 100% vg. ini sebenarnya bergantung pada kesesuaian pengguna tersebut kerana kepuasan bagi setiap pengguna adalah berbeza. Propylene glycol boleh di beli melalui internet melalui penjual2 yang sedia ada, ianya tiada di jual di kedai biasa kerana ianya bukanlah produk yang end user. Vegetable glycerin pula boleh di dapati di kedai kek, kerana produk ini memang ada di gunakan dalam proses membuat kek.

Nikotin
Cecair Nikotin adalah suatu bahan kimia bertoksin tinggi dan ianya amat sukar dan hampir mustahil bagi kebanyakkan orang di malaysia untuk mendapatkanya, hanya mereka yang mempunya lesen sahaja dibenarkan untuk mendapatkanya. Akan tetapi masih ada antara kita yang berjaya mendapatkannya dari sesuatu sumber yang saya tidak pasti. Bagi saya pulak, saya akan membeli cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin berkepekatan tinggi yang dijual di pasaran dan mengadunkan semula bagi memenuhi citarasa saya. Sebagai contoh, beli liquid 10ml berkepekatan 18mg kandungan nikotin, bahagikan kepada tiga bahagian masukkan kedalam botol 10ml dan adunkannya semula bersama bahan yang telah di senaraikan. Anda akan mendapat 3 botol cecair e liquid 10ml pada kepekatan nikotin sebanyak 6mg. Bagi yang nak 0 nikotin tu, boleh lah diabaikan bahan ini.

Perisa
Perisa yang saya gunakan adalah perisa makanan yang di jual di kedai2 biasa atau kedai kek. sebenarnya perisa ini tidak lah sangat sesuai untuk digunakan dalam penghasilan cecair rokok elektronik kerana perisa ini tidak berkepekatan tinggi. Berkepekatan tinggi di sini bermaksud, perisa tu tak cukup kaw saya pun tak pasti kenapa tapi yang pasti kalau kita pakai perisa ni kita kena pakai banyak, baru rasa dia naik. Selalunya saya akan gunakan perisa ni sebanyak 40% dalam setiap 10ml.

Pemanis
Kalau kita buat cecair rokok elektronik ni kalau nak menyedapkanya lagi kita kena lah tambahkan pemanis, kalau tak umpamanya kita makan buah yang tawar. Tapi benda ni bergantung pada individu juga sebenarnya, ada yang suka manis ada yang suka tawar dan ada yang suka manis2 buah. Pemanis bukanlah sesuatu yang menjadi kemestian dalam proses membuat cecair rokok elektronik, jadi tepuk dada tanya selera. Bagi yang berminat, pemanis yang sesuai digunakan ialah Stevia atau Sucraloose ini kerana pemanis jenis ini adalah stabil pada suhu yang tinggi. Jika kita menggunakan gula biasa sebagai pemanis, ianya akan mengeluarkan rasa seperti gula hangit bila di gunakan, sebagai contoh. Air yang di bancuh dengan gula jika dimasak, wapnya akan di sejat dan gula akan tertinggal dan jika terus dimasak gula itu akan menjadi hangit. Tidak seperti air yang dibancuh dengan pemanis Stevia atau Sucraloose. Harus diingat Stevia dan sucraloose yang boleh di gunakan adalah dari jenis cecair, kalau gunakan selain dari cecair rasa nya pasti berbeza.

Rumusan
Dalam proses membuat cecair rokok elektronik ni adalah sukar untuk saya menerangkannya dengan secara terperinci kerana selera individu berbeza dan ada kalanya produk yang kita gunakan adalah berlainan dan ini akan menjadikan hasil yang berbeza. Jadi adalah baiknya jika kita membuat nya secara trial and error bagi mendapatkan keputusan yang dikehendaki dan pastinya anda akan menemui kejayaan selepas beberapa kegagalan. Satu tips yang penting bila memulakan proses, sila catatkan secara terperinci berapa kandungan bahan2 yang digunakan bagi memudahkan proses pengubahsuaian di kemudian hari. Sekian.









Wednesday 3 April 2013

Pilihanraya 2013 parti mana yang nak dipilih?



Parlimen dah pun di bubarkan, jadi sekarang kita patut2nya dah boleh berkira2 parti mana yang bakal kita pangkah nanti betul tak. Bagi aku yang tidak taksub pada mana2 parti ni aku akan buat kajian sebaik mungkin tentang kebaikkan dan keburukkan yang bakal aku hadapi hasil dari apa yang akan aku pangkah nanti. aku lebih suka ikut cara orang cina dalam memilih parti yang akan dipangkah. Kalau dulu kita tengok kebanyakkan orang cina memihak pada MCA, tetapi pada pilihanraya sebelum ni kita dapat lihat ramai antara orang cina dah mula memihak pada DAP. Kenapa boleh jadi macam ni? dari apa yang aku nampak, kebanyakkan orang cina tak taksub pada parti. Mereka memilih pada parti yang mereka yakini akan memberi kebaikkan pada mereka. Memang tak dinafikan Dap sesangat lantang dalam mengenengahkan isu berkaitan kaum cina di negara ni. Tapi kaum cina je lah kan.
Bagi kaum melayu dan india parti mana pulak yang banyak bawak isu untuk 2 kaum ni. bagi jawapan ni aku rasa korang jawab sendiri je lah, sebab setiap orang ada pandangan yang berbezakan. dan seperkara lagi kalau takat bawak isu untuk jadi modal politik je tak payah lah, kalau ada isu yang nak di ketengahkan tolong bagi jalan penyelesaian sama bukan takat sembang kosong. Kalau takat cerita nak memburukkan orang baik tak payah dan jangan harap aku nak bagi undi kat parti macam ni. aku nak parti yang buat keja bukan takat cakap je. Seperkara lagi kalau nak cerita bab rasuah, kroni, salah laku, dan yang seangkatan denganya, bagi aku benda ni tak payah nak diperbesarkanlah. Semua parti politik kat malaysia ni sama je. Orang yang dalam parti politik ni tak de sorang pun yang maksum semuanya manusia biasa bersifat baharu. Senang cerita semuanya tak bersih ko cakaplah bendera apa pon semua sama je. Sebagai contoh kalau ko ada pangkat ada kuasa takkan ko tak tolong kerabat ko kan betul tak. Kalau ko tak tolong so sapa lagi yang nak tolong.
Berbalik pada cerita asal aku hanya akan pilih parti yang membawa kebaikkan pada agama ku, kaum ku dan negara ku secara benar dan nyata, bukan setakat menifesto pilihanraya sahaja.