Wednesday 16 January 2013

Rokok elekronik e-cig berkesan


Sampai kesaat aku mencoretkan kisah ni, aku dah hampir sebulan tak isap rokok dan baki rokok yang aku beli hari tu masih ada lagi 18 batang terletak kat meja aku. Semua ni akibat rokok elektronik. Apa yang boleh aku katakan kat sini rokok elektronik ni memang berkesan dan mampu mengurangkan ketagihan nikotin. Melalui pengalaman aku lah, perkara pertama yang boleh menyebabkan berenti rokok biasa ni disebabkan rasa rokok tu sendiri. Bila aku isap rokok elektronik, aku isap yang rasa buah2. Bila try je balik isap rokok d......, aku dah tak boleh tahan rasa asap rokok tu sendiri.
Yang no 2 nya pulak, bila bangun tido. Mulut dah tak de rasa pahit macam masa isap rokok biasa. Kalau sebelum ni masa baru bangun tido tu mulut punya pahit tak yah nak cerita lah. Kini alhamdulillah masalah tu telah di atasi.
No 3, masalah pernafasan. Nampak gayanya setakat ni pernafasan aku bertambah efisien lagi. Aku perasan masalah ni sebab aku ni seorang rider sukan basikal bukit (MTB). Kalau sebelum ni masa tengah speeding atau panjat bukit, aku punya mencungap boleh tahan kuatnya. Tapi sekarang ni dah kurang dan tak macam dulu. Ini menunjukkan yang paru2 aku dah bertambah baik dalam melakukan kerjanya, ini adalah di sebabkan oleh tiadanya enapan tar yang baru dalam sistem pernafasan dan enapan tar akibat tabiat merokok yang lalu beransur kurang. Sekadar info rokok elektronik tiada penghasilan tar kerana yang di hisap oleh perokok elekronik ialah wap dan bukanya asap.
No 4, Duit. Duit memang jimat bro. Seminggu beli liquid untuk rokok elektronik baru RM15, kalau sebelum ni layan rokok D...... Sehari dah RM10. Korang kira sendirilah kalau dalam sebulan banyak mana jimatnya.
No 5, kawan. Bila kita nak berenti merokok tapi dalam masa yang sama dok berkawan dengan member yang merokok memang susah bro. Takkan kerana nak berenti merokok kita nak kena jauh kan diri dari kengkawan yang merokok. So cara yang mudahnya diorang isap rokok diorang, kita layan rokok elektronik selesai masalah dan silap haribulan member kita tu pon join kita tinggalkan rokok konventional hahaha.
Jadi kesimpulanya, setakat saat aku type entry ni aku dapati layan rokok elektronik memberi lebih banyak kebaikkan pada aku dan nasihat aku pada perokok tegar kat luar tu berilah peluang pada diri korang untuk mencubanya manalah tahu kot2 boleh beransur kurang merokok dan berhenti terus. Jangan dengar sebelah pihak sahaja yang mengatakan bahayanya rokok elektronik ni. Setakat ni bahaya yang sering diperkatakan ialah tentang keraguan kandungan nikotin dalam cecair rokok elektronik. Cuba buat kajian yang terperinci tentang perkara ni sebab yang pastinya rokok yang biasa kita hisap tu pon dah tentu banyak keburukannya. Sebagai info kandungan nikotin rokok biasa ialah 40mg dalam setiap kotak 20 btg dan hanya ada 12mg nikotin dalam setiap 12ml cecair rokok elektronik dan beza yang ketara ialah 20 batang rokok dihisap dalam sehari dan 12ml cecair rokok elektronik boleh dihisap sampai seminggu. Jadi fikir-fikirkan.
Bagi pihak kerajaan pulak mungkin dengan kehadiran rokok elektronik ke dalam pasaran sekarang ni akan membantutkan perolehan dari segi cukai keatas rokok, jadi sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah positif terhadap rokok elektronik ini kerana ianya sudah mula di terima rakyat dan permintaan terhadapnya sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Alangkah ruginya pihak kerajaan jika tiada perancangan yang baik diambil keatas perkara ini. Dan yang pastinya pihak pengedar rokok elektronik ini akan mengaut keuntungan berlipat ganda kerana pengharaman dan kepayahan mendapatkannya.
Pada yang berminat nak cari barang rokok elektrik boleh cek kat blog ni harga boleh tahan jugak murahnya http://kamunting-ecig.blogspot.com

No comments:

Post a Comment