Thursday 4 April 2013

Cara buat cecair rokok elektronik.




Ada yang bertanya pada saya macam mana caranya nak buat cecair rokok elektronik ni. Saya sebenarnya bukan lah pakar sangat dalam hal ni, tapi boleh lah sikit2 sebab saya pun dok isap liquid yang saya buat sendiri je sebenarnya hahaha. Bukan sebab apa saja nak tambah jimat cermat dan dalam masa yang sama vape liquid yang padan dengan selera.
Ok, so sebelum kita nak buat cecair elektronik ni kita nak kena tahu dulu apa kandungan dia. Jadi kandungannya adalah seperti yang di bawah ni.

.Propylene glycol
.Vegetable glycerin
.Nikotin
.Perisa
.Pemanis

Propylene glycol & Vegetable glycerin
Jadi sekarang kita akan ke proses seterusnya, selalunya pembuat cecair rokok elektronik akan mengadunkan 70% propylene glycol dan 30% vegetable glycerin, ini kerana dengan adunan sebegini akan mengahasilkan wap yang banyak dan secara tak langsung akan memberi kepuasan pada penghisap rokok elektronik tersebut. Memang tak di nafikan ada juga yang menggunakan adunan 50/50 dan 100% vg. ini sebenarnya bergantung pada kesesuaian pengguna tersebut kerana kepuasan bagi setiap pengguna adalah berbeza. Propylene glycol boleh di beli melalui internet melalui penjual2 yang sedia ada, ianya tiada di jual di kedai biasa kerana ianya bukanlah produk yang end user. Vegetable glycerin pula boleh di dapati di kedai kek, kerana produk ini memang ada di gunakan dalam proses membuat kek.

Nikotin
Cecair Nikotin adalah suatu bahan kimia bertoksin tinggi dan ianya amat sukar dan hampir mustahil bagi kebanyakkan orang di malaysia untuk mendapatkanya, hanya mereka yang mempunya lesen sahaja dibenarkan untuk mendapatkanya. Akan tetapi masih ada antara kita yang berjaya mendapatkannya dari sesuatu sumber yang saya tidak pasti. Bagi saya pulak, saya akan membeli cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin berkepekatan tinggi yang dijual di pasaran dan mengadunkan semula bagi memenuhi citarasa saya. Sebagai contoh, beli liquid 10ml berkepekatan 18mg kandungan nikotin, bahagikan kepada tiga bahagian masukkan kedalam botol 10ml dan adunkannya semula bersama bahan yang telah di senaraikan. Anda akan mendapat 3 botol cecair e liquid 10ml pada kepekatan nikotin sebanyak 6mg. Bagi yang nak 0 nikotin tu, boleh lah diabaikan bahan ini.

Perisa
Perisa yang saya gunakan adalah perisa makanan yang di jual di kedai2 biasa atau kedai kek. sebenarnya perisa ini tidak lah sangat sesuai untuk digunakan dalam penghasilan cecair rokok elektronik kerana perisa ini tidak berkepekatan tinggi. Berkepekatan tinggi di sini bermaksud, perisa tu tak cukup kaw saya pun tak pasti kenapa tapi yang pasti kalau kita pakai perisa ni kita kena pakai banyak, baru rasa dia naik. Selalunya saya akan gunakan perisa ni sebanyak 40% dalam setiap 10ml.

Pemanis
Kalau kita buat cecair rokok elektronik ni kalau nak menyedapkanya lagi kita kena lah tambahkan pemanis, kalau tak umpamanya kita makan buah yang tawar. Tapi benda ni bergantung pada individu juga sebenarnya, ada yang suka manis ada yang suka tawar dan ada yang suka manis2 buah. Pemanis bukanlah sesuatu yang menjadi kemestian dalam proses membuat cecair rokok elektronik, jadi tepuk dada tanya selera. Bagi yang berminat, pemanis yang sesuai digunakan ialah Stevia atau Sucraloose ini kerana pemanis jenis ini adalah stabil pada suhu yang tinggi. Jika kita menggunakan gula biasa sebagai pemanis, ianya akan mengeluarkan rasa seperti gula hangit bila di gunakan, sebagai contoh. Air yang di bancuh dengan gula jika dimasak, wapnya akan di sejat dan gula akan tertinggal dan jika terus dimasak gula itu akan menjadi hangit. Tidak seperti air yang dibancuh dengan pemanis Stevia atau Sucraloose. Harus diingat Stevia dan sucraloose yang boleh di gunakan adalah dari jenis cecair, kalau gunakan selain dari cecair rasa nya pasti berbeza.

Rumusan
Dalam proses membuat cecair rokok elektronik ni adalah sukar untuk saya menerangkannya dengan secara terperinci kerana selera individu berbeza dan ada kalanya produk yang kita gunakan adalah berlainan dan ini akan menjadikan hasil yang berbeza. Jadi adalah baiknya jika kita membuat nya secara trial and error bagi mendapatkan keputusan yang dikehendaki dan pastinya anda akan menemui kejayaan selepas beberapa kegagalan. Satu tips yang penting bila memulakan proses, sila catatkan secara terperinci berapa kandungan bahan2 yang digunakan bagi memudahkan proses pengubahsuaian di kemudian hari. Sekian.









7 comments:

  1. Replies
    1. tak de racun lah. kalau racun dah lama aku pun padam.

      Delete
  2. Mana nk dpt pemanis Stevia atau Sucraloose tu..

    ReplyDelete
  3. stevia atau sucraloose tu cari dalam lelong senang.

    ReplyDelete
  4. Salam nk tanye..propylene glycol dan stevia ada di jual kat farmasi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. proplyene glycol tak der jual kat farmasi. stevia ada tapi kebanyakkannya jenis tablet jenis cecair payah nak dapat. tq

      Delete